Pengenalan Syarikat


Micro Zass Sdn. Bhd. adalah merupakan sebuah syarikat yang berstatus bumiputera yang berasaskan Teknologi Pembuatan dan telah ditubuhkan pada 16 Disember 2003.

Pada awal penubuhan syarikat memfokuskan kepada kerja-kerja membuat alat ganti mesin-mesin seperti Jig & Fixture, Plastic Blow Mould dan lain-lain.

Syarikat maju selangkah lagi dalam mereka bentuk mesin-mesin makanan mengikut kehendak semasa


Syarikat  Micro Zass Sdn. Bhd.  mempunyai kepakaran bagi membuat peralatan dan juga membaikpulih mesin industri dan membina & membaikpulih mesin memproses makanan IKS. 


Selain itu,keupayaan Micro Zass Sdn Bhd telah terbukti dengan penciptaan beberapa mesin yang sangat berguna seperti Mesin Kuih Kapit (Automatik dan Semi-Automatik), Mesin Oven dan pelbagai lagi. 

Kepakarannya juga diakui oleh IPTA yang berada di Melaka melalui tandatangan MoU bersama Universiti Teknikal Malaysia Melaka. Justeru itu, Micro Zass Sdn Bhd adalah syarikat terbaik yang seharusnya menjadi pilihan pengguna dalam mendapatkan mesin yang bermutu tinggi dan berkualiti.